Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ليسَ في الجبهةِ، ولا في النّخَّةِ، ولا في الكسعَةِ صدَقةٌ.
Teks Bahasa Melayu
Tidak ada sedekah (zakat) yang dikenakan ke atas al-Jabhah (kuda), al-Nakhah (lembu pembajak) juga al-Kus’ah (keldai).
Sahabat Perawi
- Kathir bin Ziyad al-Khurasani RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 871, hadis no. 4457. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن كثير بن زياد الخرساني-رضي الله عنه- يرفعه: ((ليس في الجبهة، ولا في النخة، ولا في الكسعة صدقة)). [أبو عبيد في ((الغريب))، ((الضعيفة)) (2115)].
(Lemah) Daripada Kathir bin Ziyad al-Khurasani RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Tidak ada sedekah (zakat) yang dikenakan ke atas al-Jabhah (kuda), al-Nakhah (lembu pembajak) juga al-Kus’ah (keldai).” [Riwayat Abu Ubaid dalam al-Gharib. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2115].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman