Tidak ada yang terselamat daripada fitnah (bencana) melainkan dengan kuasa Allah atau doa

TEKS BAHASA ARAB

يوشك أن تظهر فتنة لا ينجي منها إلا الله، أو دعاء كدعاء الغريق.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hampir-hampir munculnya fitnah (bencana) yang tidak akan terselamat daripadanya melainkan kuasa Allah atau doa seperti doa orang yang lemas (tenggelam).

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1362, hadis nombor 6945. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: يوشك أن تظهر فتنة لا ينجي منها إلا الله، أو دعاء كدعاء الغريق.
[الأصبهاني، ((الضعيفة)) (5467، 6151)]

(Munkar)
Daripada Abu Hurairah RA telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Hampir-hampir munculnya fitnah (bencana) yang tidak akan terselamat daripadanya melainkan kuasa Allah atau doa seperti doa orang yang lemas (tenggelam).
[Riwayat al-Asbahani. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5467, 6151]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs