Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يوشِك أنْ تظهرَ فتنةٌ لا يُنْجِي منها إلا اللهُ، أو دعاءٌ كدعاءِ الغريقِ.
Teks Bahasa Melayu
Hampir-hampir munculnya fitnah (bencana) yang tidak akan terselamat daripadanya melainkan kuasa Allah atau doa seperti doa orang yang lemas (tenggelam).
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1362, hadis no. 6945. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: يوشك أن تظهر فتنة لا ينجي منها إلا الله، أو دعاء كدعاء الغريق. [الأصبهاني، ((الضعيفة)) (5467، 6151)]
(Munkar) Daripada Abu Hurairah RA telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Hampir-hampir munculnya fitnah (bencana) yang tidak akan terselamat daripadanya melainkan kuasa Allah atau doa seperti doa orang yang lemas (tenggelam). [Riwayat al-Asbahani. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5467, 6151]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman