Tidak ada yang terluka jika di dalam rumahnya ada mereka yang bernama Muhammad

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ما ضر أحدكم لو كان في بيته محمد، ومحمدان، وثلاثة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada yang terluka jika di dalam rumahnya ada mereka yang bernama Muhammad atau dua orang Muhammad atau tiga orang Muhammad.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 927, hadis nombor 4767. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن محمد بن عثمان العمري عن أبيه، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((ما ضر أحدكم لو كان في بيته محمد، ومحمدان، وثلاثة)).
[ابن سعد، ((الضعيفة)) (2367)].

(Lemah)
Diriwayatkan daripada Muhammad bin ‘Uthman al-‘Umari daripada bapanya telah berkata: Rasulullah SAW telah berkata: “Tidak ada yang terluka jika di dalam rumahnya ada mereka yang bernama Muhammad atau dua orang Muhammad atau tiga orang Muhammad”.
[Riwayat Ibn Saad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2367].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.