Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَا ضَرَّ أحدُكم لَو كَان فِي بَيتِهِ مُحَمَّدٌ، ومُحَمَّدَانِ، وثلاثةٌ.
Teks Bahasa Melayu
Tidak ada yang terluka jika di dalam rumahnya ada mereka yang bernama Muhammad atau dua orang Muhammad atau tiga orang Muhammad.
Sahabat Perawi
- ‘Uthman al-‘Umari RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 927, hadis no. 4767. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن محمد بن عثمان العمري عن أبيه، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ما ضر أحدكم لو كان في بيته محمد، ومحمدان، وثلاثة. [ابن سعد، الضعيفة (2367)].
(Lemah) Diriwayatkan daripada Muhammad bin ‘Uthman al-‘Umari daripada bapanya telah berkata: Rasulullah SAW telah berkata: “Tidak ada yang terluka jika di dalam rumahnya ada mereka yang bernama Muhammad atau dua orang Muhammad atau tiga orang Muhammad”. [Riwayat Ibn Saad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2367].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman