Tidak ada yang orang yang dipanjangkan umurnya dalam Islam selama 40 tahun melainkan Allah akan menjauhkan daripadanya tiga perkara daripada jenis bala

TEKS BAHASA ARAB

ما من معمر يعمر في الإسلام أَرْبَعِينَ سنة؛ إلا صرف اَللَّه عنه ثلاثة أنواع من البلاء: الجنون، وَالْجُذَام، والبرص. فإذا بلغ خمسين سنة؛ لين الله عليه الحساب. فإذا بلغ ستين، رزقه اَللَّه الإنابة إليه بما يحب. فإذا بلغ سبعين سنة؛ أحبه الله وأحبه أهل السماء. فإذا بلغ الثمانين، قبل اَللَّه حسناته وتجاوز عن سَيِّئَاته. فإذا بلغ تسعين، غفر الله لَهُ ما تَقَدَّمَ من ذَنْبه وما تَأَخَّرَ، وسمّي أسير الله في أرضه، وشفع لأهل بيته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada yang orang yang dipanjangkan umurnya dalam Islam selama 40 tahun melainkan Allah akan menjauhkan daripadanya tiga perkara daripada jenis bala: Gila, kusta dan sopak. Apabila sampai 50 tahun, Allah akan meringankan ke atasnya perhitungan hisab. Apabila sampai umur 60, maka Allah akan mengurniakannya rasa suka bertaubat. Apabila sampai umur 70, maka Allah mengasihinya dan dia akan dikasihi oleh penduduk langit. Apabila sampai umur 80, maka Allah akan menerima ganjaran kebaikannya dan menghapuskan daripadanya dosa-dosa. Apabila sampai umur 90, maka Allah akan mengampunkan dosanya yang dulu dan akan datang dan digelar: Tahanan Allah di bumi dan dia akan memberikan syafaat kepada ahli keluarganya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1759-1760, hadis nombor 8861. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ((ما من معمر يعمر في الإسلام أَرْبَعِينَ سنة؛ إلا صرف اَللَّه عنه ثلاثة أنواع من البلاء: الجنون، وَالْجُذَام، والبرص. فإذا بلغ خمسين سنة؛ لين الله عليه الحساب. فإذا بلغ ستين، رزقه اَللَّه الإنابة إليه بما يحب. فإذا بلغ سبعين سنة؛ أحبه الله وأحبه أهل السماء. فإذا بلغ الثمانين، قبل اَللَّه حسناته وتجاوز عن سَيِّئَاته. فإذا بلغ تسعين، غفر الله لَهُ ما تَقَدَّمَ من ذَنْبه وما تَأَخَّرَ، وسمّي أسير الله في أرضه، وشفع لأهل بيته.)) [حم، البزار، ع، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (5984)].

(Munkar)
Daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: ((Tidak ada yang orang yang dipanjangkan umurnya dalam Islam selama 40 tahun melainkan Allah akan menjauhkan daripadanya tiga perkara daripada jenis bala: Gila, kusta dan sopak. Apabila sampai 50 tahun, Allah akan meringankan ke atasnya perhitungan hisab. Apabila sampai umur 60, maka Allah akan mengurniakannya rasa suka bertaubat. Apabila sampai umur 70, maka Allah mengasihinya dan dia akan dikasihi oleh penduduk langit. Apabila sampai umur 80, maka Allah akan menerima ganjaran kebaikannya dan menghapuskan daripadanya dosa-dosa. Apabila sampai umur 90, maka Allah akan mengampunkan dosanya yang dulu dan akan datang dan digelar: Tahanan Allah di bumi dan dia akan memberikan syafaat kepada ahli keluarganya.))
[Riwayat Ahmad dalam Musnadnya, al-Bazzar, Musnad Abi Ya’la dan Ibn al-Jawzi. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 5984].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs