Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما أصبْنا منْ دنياكُمْ إلَّا النساءَ.
Teks Bahasa Melayu
Tidak ada yang musibah yang menimpa kami dari duniamu melainkan wanita.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 617, hadis no. 3215. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عمر - رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((ما أصبنا من دنياكم إلا النساء)). [طب، ((الضعيفة)) (4423)].
(Lemah) Daripada Ibn Umar RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Tidak ada yang musibah yang menimpa kami dari duniamu melainkan wanita.)) [Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4423].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman