Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا يقطعُ صلاةَ المسلمِ شيءٌ إلَّا الحمارَ والكافرَ والكلبَ والمرأةَ.
Teks Bahasa Melayu
Tidak ada yang memutuskan (membatalkan/menghilangkan khusyuk) solat seorang muslim kecuali keldai, orang kafir, anjing dan wanita (lalu di hadapan).
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 827, hadis no. 4249. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بذكر: "الكافر") عن عائشة -رضي الله عنها-، قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((لا يقطع صلاة المسلم شيء إلا الحمار والكافر والكلب والمرأة)). فقالت عائشة : يا رسول الله لقد قرنا بدواب سوء. [حم، ابن جرير في ((تهذيب الآثار))، ((الضعيفة)) (5542، 6600)]
(Munkar dengan sebutan: "Kafir") Daripada Aisyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Tidak ada yang memutuskan (membatalkan/menghilangkan khusyuk) solat seorang muslim kecuali keldai, orang kafir, anjing dan wanita (lalu di hadapan). Lalu Aisyah RA berkata: Wahai Rasulullah, ini telah membandingkan kami dengan binatang yang buruk. [Riwayat Musnad Ahmad bin Hanbal dan Ibn Jarir dalam Tahzib al-Athar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5542, 6600]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman