TEKS BAHASA ARAB
لم يسلط على قتل الدجال إلا عيسى ابن مريم عليه السلام.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tidak ada yang mampu membunuh Dajjal kecuali Isa bin Maryam AS.
STATUS
Terlalu lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1851, hadis nombor 9346. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((لم يُسَلَّط على قَتلِ الدجَّال إلا عيسى ابن مريم عليه السَّلام)). [الطيالسي، ((الضعيفة))، (4337)].
(Terlalu lemah) Daripada Abu Hurairah RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Tidak ada yang mampu membunuh Dajjal kecuali Isa bin Maryam AS.”
[Riwayat al-Tayalisi. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4337]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.