Tidak ada seorang hamba yang ingin mengambil penjaga lebih baik di sisi Allah daripada empat rakaat solat

TEKS BAHASA ARAB

ما استخلف عبد في أهله من خليفة أحب إلى الله تعالى من أربع ركعات يصليهن في بيته إذا شد عليه ثياب سفره، يقرأ فيهن بـ(فاتحة الكتاب)، (قل هو الله أحد)، ثم يقول: اللهم! إني أتقرب إليك بهن فاخلفني بهن في أهلي ومالي. فهن خليفته في أهله، وماله، وداره، ودور حول داره؛ حتى يرجع إلى أهله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada seorang hamba yang ingin mengambil penjaga lebih baik di sisi Allah daripada empat rakaat solat yang dia laksanakan di rumahnya apabila dia memperkemaskan pakaian kembaranya. Dia membaca pada rakaat-rakaat itu surah al-Fatihah dan al-Ikhlas, kemudian dia berdoa: “Ya Allah! Sesungguhnya aku mendekatkan diriku kepada-Mu dengan solat ini, maka Engkau jadikanlah ia penjaga untukku buat ahli keluargaku dan hartaku.” Maka solat tersebut menjadi penjaga baginya buat ahli keluarganya, hartanya, rumahnya, rumah-rumah di sekeliling rumahnya sehinggalah dia pulang kepada keluarganya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 326-327, hadis nombor 1720. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه -: أن رجلا أتى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: إني نذرت سفرا، وقد كتبت وصيتي، فإلى من أدفعها؛ إلى أبي، أم إلى أخي، أم إلى ابني؛ فقال صلى الله عليه وسلم: ((ما استخلف عبد في أهله من خليفة أحب إلى الله تعالى من أربع ركعات يصليهن في بيته إذا شد عليه ثياب سفره؛، يقرأ فيهن بـ(فاتحة الكتاب) ، (قل هو الله أحد) ، ثم يقول: اللهم! إني أتقرب إليك بهن فاخلفني بهن في أهلي ومالي. فهن خليفته في أهله، وماله، وداره، ودور حول داره؛ حتى يرجع إلى أهله)). [الحاكم في ((تاريخ نيسابور))، ((الضعيفة)) (5840)].

(Sangat Lemah) Daripada Anas bin Malik RA, seorang lelaki datang menemui Nabi ﷺ, lalu berkata: “Aku bernazar untuk mengembara. Aku telah tuliskan wasiatku, jadi kepada siapa patut aku serahkannya? Kepada bapaku? Kepada saudara lelakiku? Atau kepada anak lelakiku?” Lalu baginda ﷺ bersabda: “Tidak ada seorang hamba yang ingin mengambil penjaga lebih baik di sisi Allah daripada empat rakaat solat yang dia laksanakan di rumahnya apabila dia memperkemaskan pakaian kembaranya. Dia membaca pada rakaat-rakaat itu surah al-Fatihah dan al-Ikhlas, kemudian dia berdoa: “Ya Allah! Sesungguhnya aku mendekatkan diriku kepada-Mu dengan solat ini, maka Engkau jadikanlah ia penjaga untukku buat ahli keluargaku dan hartaku.” Maka solat tersebut menjadi penjaga baginya buat ahli keluarganya, hartanya, rumahnya, rumah-rumah di sekeliling rumahnya sehinggalah dia pulang kepada keluarganya.” [Riwayat al-Hakim dalam Tarikh Naisabur. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5840].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs