Tidak ada waktu yang mengecewakan ahli syurga melainkan masa mereka berlalu tanpa mereka mengingati Allah padanya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ليس يتحسر أهل الجنة إلا على ساعة مرت بهم لم يذكروا الله فيها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada waktu yang mengecewakan ahli syurga melainkan masa mereka berlalu tanpa mereka mengingati Allah padanya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1492, hadis nombor 7608. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن معاذ بن جبل رضي الله عنه مرفوعاً: ليس يتحسر أهل الجنة إلا على ساعة مرت بهم لم يذكروا الله فيها. [الفسوي، ابن السني، طب، هب، أبو العباس المقدسي في ((حديثه))، الأصبهاني، ((الضعيفة))(4986)].

(Lemah) Daripada Muaz bin Jabal RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak ada waktu yang mengecewakan ahli syurga melainkan masa mereka berlalu tanpa mereka mengingati Allah padanya. [Riwayat al-Fasawi, Ibn al-Sunni, al-Tabarani dalam al-Kabir, al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman, Abu al-Abbas al-Maqdisi dalam kitab hadithnya dan al-Asbahani. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4986]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.