Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَيْسَ يَتَحَسَّرُ أَهْلُ الْجَنَّةِ إِلا عَلَى سَاعَةٍ مَرَّتْ بِهِمْ لَمْ يَذْكُرُوا اللَّهَ فِيهَا.
Teks Bahasa Melayu
Tidak ada waktu yang mengecewakan ahli syurga melainkan masa mereka berlalu tanpa mereka mengingati Allah padanya.
Sahabat Perawi
- Mu'az bin Jabal RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1492, hadis no. 7608. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن معاذ بن جبل رضي الله عنه مرفوعاً: ليس يتحسر أهل الجنة إلا على ساعة مرت بهم لم يذكروا الله فيها. [الفسوي، ابن السني، طب، هب، أبو العباس المقدسي في ((حديثه))، الأصبهاني، ((الضعيفة))(4986))].
(Lemah) Daripada Muaz bin Jabal RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak ada waktu yang mengecewakan ahli syurga melainkan masa mereka berlalu tanpa mereka mengingati Allah padanya. [Riwayat al-Fasawi, Ibn al-Sunni, al-Tabarani dalam al-Kabir, al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman, Abu al-Abbas al-Maqdisi dalam kitab hadithnya dan al-Asbahani. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4986]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman