Tidak ada ucapan salam (daripada lelaki) kepada orang perempuan

TEKS BAHASA ARAB

ليس للنساء سلام، ولا عليهن سلام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada ucapan salam (daripada lelaki) kepada orang perempuan dan tidak (dibolehkan) mereka memberi salam (terhadap orang lelaki).

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 182, hadis nombor 930. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عطاء الخراساني يرفع الحديث: ((ليس للنساء سلام، ولا عليهن سلام)). [حل، ((الضعيفة)) (1430)]

(Munkar)
Daripada ‘Ata al-Khurasani berkata secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak ada ucapan salam (daripada lelaki) kepada orang perempuan dan tidak (dibolehkan) mereka memberi salam (terhadap orang lelaki).
[Riwayat Abu Nu’aym dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.1430]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs