Tidak ada tempat perlindungan dan pertolongan daripada Allah melainkan kepada-Nya

TEKS BAHASA ARAB

يا أبا هريرة ألا أدلك على كنز من كنوز الجنة؟ لا حول ولا قوة إلا بالله، لا ملجأ لا منجا من الله إلا إليه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Abu Hurairah, mahukah kamu aku tunjukkan kepadamu satu harta daripada harta-harta syurga? Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan kekuasaan Allah, dan tidak ada tempat perlindungan dan pertolongan daripada Allah melainkan kepada-Nya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 708, hadis nombor 3620. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منکر بزيادة: (لا ملجأ…))
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: يا أبا هريرة ألا أدلك على كنز من كنوز الجنة؟ لا حول ولا قوة إلا بالله، لا ملجأ لا منجا من الله إلا إليه.
[ن في ((عمل اليوم والليلة))، ك، هب، الطيالسي، حم، البزار، الطبراني في ((الدعاء))، الذهبي في ((التاريخ))، ((الضعيفة)) (6622)].

(Munkar dengan tambahan lafaz: Tidak ada tempat perlindungan…)
Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Wahai Abu Hurairah, mahukah kamu aku tunjukkan kepadamu satu harta daripada harta-harta syurga? Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan kekuasaan Allah, dan tidak ada tempat perlindungan dan pertolongan daripada Allah melainkan kepada-Nya.
[Riwayat al-Nasa'ie dalam 'Amal al-Yawm wa al-Laylah, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman, al-Tayalisi dalam Musnadnya, Ahmad bin Hanbal dalam al-Musnad, al-Bazzar dalam Musnadnya, al-Tabarani dalam al-Du’a, al-Zahabi dalam al-Tarikh. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6622].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs