Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يا أبا هريرةَ ألا أدلُّكَ على كنزٍ من كنوزِ الجنةِ؟ لا حولَ ولا قوةَ إلا باللهِ، لا ملجأَ لا منْجا من اللهِ إلا إليهِ.
Teks Bahasa Melayu
Wahai Abu Hurairah, mahukah kamu aku tunjukkan kepadamu satu harta daripada harta-harta syurga? Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan kekuasaan Allah, dan tidak ada tempat perlindungan dan pertolongan daripada Allah melainkan kepada-Nya.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 708, hadis no. 3620. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar dengan tambahan lafaz: Tidak ada tempat perlindungan...) Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Wahai Abu Hurairah, mahukah kamu aku tunjukkan kepadamu satu harta daripada harta-harta syurga? Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan kekuasaan Allah, dan tidak ada tempat perlindungan dan pertolongan daripada Allah melainkan kepada-Nya. [Riwayat al-Nasa'ie dalam 'Amal al-Yawm wa al-Laylah, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman, al-Tayalisi dalam Musnadnya, Ahmad bin Hanbal dalam al-Musnad, al-Bazzar dalam Musnadnya, al-Tabarani dalam al-Du’a, al-Zahabi dalam al-Tarikh. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6622].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman