Tidak ada syafaat untuk pelaku dosa-dosa besar dari kalangan umatku

TEKS BAHASA ARAB

ليست الشفاعة لأهل الكبائر من أمتي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada syafaat untuk pelaku dosa-dosa besar dari kalangan umatku.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1156, hadis nombor 5847. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن جابر بن زيد عن النبي – صلى الله عليه وسلم: ليست الشفاعة لأهل الكبائر من أمتي. يحلف جابر عند ذلك: ما لأهل الكبائر شفاعة لأن الله قد أوعد أهل الكبائرالنار في كتابه وإن جاء الحديث عن أنس بن مالك أن الشفاعة لأهل اَلْكَبَائِر فوالله ما عنى القتل والزنى والسحر وما أوعد عليه النار. [الربيع بن حبيب، الضعيفة (5964)]

(Batil) Daripada Jabir bin Zaid RA daripada Nabi SAW: Tidak ada syafaat untuk pelaku dosa-dosa besar dari kalangan umatku. Jabir RA telah bersumpah dengan perkara itu: Tidak ada syafaat bagi pelaku dosa besar, kerana sesungguhnya Allah SWT telah menjanjikan pelaku dosa besar itu dengan ancaman neraka di dalam kitab-Nya dan hadis daripada Anas bin Malik RA menyebut: Sesungguhnya syafaat bagi pelaku dosa-dosa besar. Demi Allah! Baginda tidak memaksudkan dosa membunuh, zina, sihir dan dosa-dosa yang dijanjikan neraka. [Riwayat al-Rabi’ bin Habib. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 5964]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs