TEKS BAHASA ARAB
ما نفقة بعد صلة الرحم أعظم عند الله من هراقة دم أيام النحر.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tidak ada suatu perbelanjaan setelah silaturahim yang lebih besar di sisi Allah SWT melainkan (perbelanjaan untuk) menumpahkan darah (menyembelih) pada hari raya korban.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 133, hadis nombor 666. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عباس رضي الله عنها، قال: قال رسول الله ﷺ : ما من نفقة بعد صلة الرحم أعظم عند الله من هراقة دم أيام النحر. [خط، ابن عبدالبر، فر، الضعيفة، (525, 6347)].
(Munkar) Daripada Ibn ‘Abbās RA secara marfū‘: Tidak ada suatu perbelanjaan setelah silaturahim yang lebih besar di sisi Allah SWT melainkan (perbelanjaan untuk) menumpahkan darah (menyembelih) pada hari raya korban. [Diriwayatkan oleh al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, Ibn Abd al-Bar dalam al-Tamhid, al-Dailami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah (6347)]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.