Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما نفقةٌ بعد صلةِ الرحمِ أعظمَ عند اللهِ من هراقةِ دمٍ أيامَ النحرِ.
Teks Bahasa Melayu
Tidak ada suatu perbelanjaan setelah silaturahim yang lebih besar di sisi Allah SWT melainkan (perbelanjaan untuk) menumpahkan darah (menyembelih) pada hari raya korban.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 133, hadis no. 666. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عباس رضي الله عنها، قال: قال رسول الله ﷺ : ما من نفقة بعد صلة الرحم أعظم عند الله من هراقة دم أيام النحر. [خط، ابن عبدالبر، فر، الضعيفة، (525, 6347)].
(Munkar) Daripada Ibn ‘Abbās RA secara marfū‘: Tidak ada suatu perbelanjaan setelah silaturahim yang lebih besar di sisi Allah SWT melainkan (perbelanjaan untuk) menumpahkan darah (menyembelih) pada hari raya korban. [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, Ibn Abd al-Bar dalam al-Tamhid, al-Dailami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah (6347)]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman