Tidak ada suatu kaum yang dilaungkan azan pada waktu pagi dalam kalangan mereka

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أيما قوم نودي فيهم بالأذان صباحا إلا كانوا في أمان الله حتى يمسوا، وأيما قوم نودي فيهم بالأذان مساء إلا كانوا في أمان الله حتى يصبحوا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada suatu kaum yang dilaungkan azan pada waktu pagi dalam kalangan mereka melainkan mereka akan berada di bawah jagaan Allah sehingga mereka sampai ke waktu petang. Dan tidak ada kaum yang dilaungkan azan pada waktu petang dalam kalangan mereka melainkan mereka berada di bawah jagaan Allah sehinggalah mereka sampai ke waktu pagi.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 268, hadis nombor 1393. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن معقل بن يسار – رضي الله عنه – مرفوعا: ((أيما قوم نودي فيهم بالأذان صباحا إلا كانوا في أمان الله حتى يمسوا، وأيما قوم نودي فيهم بالأذان مساء إلا كانوا في أمان الله حتى يصبحوا)). [طب، ((الضعيفة)) (2606)]

(Sangat Lemah)
Daripada Ma’qil bin Yasar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak ada suatu kaum yang dilaungkan azan pada waktu pagi dalam kalangan mereka melainkan mereka akan berada di bawah jagaan Allah sehingga mereka sampai ke waktu petang. Dan tidak ada kaum yang dilaungkan azan pada waktu petang dalam kalangan mereka melainkan mereka berada di bawah jagaan Allah sehinggalah mereka sampai ke waktu pagi.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah; no. 2606]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.