Tidak ada solat yang lebih afdal berbanding solat Subuh pada hari Jumaat secara berjamaah

TEKS BAHASA ARAB

ما من الصلوات صلاة أفضل من صلاة الفجر يوم الجمعة في الجماعة، وما أحسب من شهدها منكم إلا مغفورا له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada solat yang lebih afdal berbanding solat Subuh pada hari Jumaat secara berjamaah. Dan tidaklah aku beranggapan sesiapa yang menyaksikannya (menunaikannya) melainkan dia akan diberikan keampunan.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 294, hadis nombor 1552. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي أمامة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((ما من الصلوات صلاة أفضل من صلاة الفجر يوم الجمعة في الجماعة، وما أحسب من شهدها منكم إلا مغفورا له)).
[طب، الرافعي، ((الضعيفة)) (4391)]

(Sangat lemah) Daripada Abi Umamah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak ada solat yang lebih afdal berbanding solat Subuh pada hari Jumaat secara berjamaah. Dan tidaklah aku beranggapan sesiapa yang menyaksikannya (menunaikannya) melainkan dia akan diberikan keampunan.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Rafi’e. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4391]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs