Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما منَ الصلواتِ صلاةٌ أفضلُ من صلاةِ الفجرِ يومَ الجمعةِ في الجماعةِ، وما أحسب من شهدَها منكُم إلا مغفورًا لهُ.
Teks Bahasa Melayu
Tidak ada solat yang lebih afdal berbanding solat Subuh pada hari Jumaat secara berjamaah. Dan tidaklah aku beranggapan sesiapa yang menyaksikannya (menunaikannya) melainkan dia akan diberikan keampunan.
Sahabat Perawi
- Abi Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 294, hadis no. 1552. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي أمامة - رضي الله عنه - مرفوعا: ((ما من الصلوات صلاة أفضل من صلاة الفجر يوم الجمعة في الجماعة، وما أحسب من شهدها منكم إلا مغفورا له)). [طب، الرافعي، ((الضعيفة)) (4391)]
(Terlalu Daif) Daripada Abi Umamah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak ada solat yang lebih afdal berbanding solat Subuh pada hari Jumaat secara berjamaah. Dan tidaklah aku beranggapan sesiapa yang menyaksikannya (menunaikannya) melainkan dia akan diberikan keampunan. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Rafi’e. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4391]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman