Tidak ada solat bagi sesiapa yang tidak mentaati solat

TEKS BAHASA ARAB

لا صلاة لمن لا يطيع الصلاة، وطاعة الصلاة، أن تنهى عن الفحشاء والمنكر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada solat bagi sesiapa yang tidak mentaati solat. Dan mentaati solat itu adalah dengan ia mencegah perkara yang keji lagi mungkar.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 185, hadis nombor 829. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن ابن مسعود -رضي الله عنه-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: لا صلاة لمن لا يطيع الصلاة ، وطاعة الصلاة ، أن تنهى عن الفحشاء والمنكر.
[فر، ((الضعيفة)) (6943)]

(Palsu)
Daripada Ibn Mas‘ud RA, beliau berkata: Nabi SAW bersabda: Tidak ada solat bagi sesiapa yang tidak mentaati solat. Dan mentaati solat itu adalah dengan ia mencegah perkara yang keji lagi mungkar.
[al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6943]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs