Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَا صَلَاةَ لِمَنْ لَا وُضُوءِ لَهُ، وَلَا وُضُوءَ لِمَنْ لَمْ يَذْكُرِ اسْمَ اللهِ عَلَيْهِ، وَلَا صَلَاةَ لِمَنْ لَا يُصَلِّي عَلَى النَّبِيِّ، وَلَا صَلَاةَ لِمَنْ لَمْ يُحِبَّ الأَنْصَارِ.
Teks Bahasa Melayu
Tidak ada solat bagi orang yang tidak mempunyai wudhu’, tidak ada wudhu’ bagi orang yang tidak menyebut nama Allah ketika berwudhu’, tidak ada solat bagi orang yang tidak berselawat ke atas Nabi dan tidak ada solat bagi orang yang tidak mencintai orang Ansar.
Sahabat Perawi
- Sahl bin Sa’ad al-Sa’idiy RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1499, hadis no. 7644. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Sahl bin Sa’ad al-Sa’idiy RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak ada solat bagi orang yang tidak mempunyai wudhu’, tidak ada wudhu’ bagi orang yang tidak menyebut nama Allah ketika berwudhu’, tidak ada solat bagi orang yang tidak berselawat ke atas Nabi dan tidak ada solat bagi orang yang tidak mencintai orang Ansar.” [Sunan Ibn Majah, Silsilah al-Da'ifah (4806].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman