Tidak ada sesuatupun yang berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W. melainkan aku pernah melihatnya

TEKS BAHASA ARAB

ما كان شيء على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم إلا وقد رأيته إلا شيء واحد فإن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان يقلس له يوم الفطر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada sesuatupun yang berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W. melainkan aku pernah melihatnya; kecuali satu perkara sahaja. Iaitu al-Taqlis (nyanyian) pernah dipersembahkan kepada baginda pada hari raya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 293, hadis nombor 1543. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن قيس بن سعد -رضي الله عنه-، قال: ما كان شيء على عهد رسول اللہ ﷺ إلا وقد رأيته، إلا شيء واحد، فإن رسول الله ﷺ: «كان يقلس له يوم الفطر».
[ه، «الضعيفة» (4285)]

(Lemah) Daripada Qays bin Sa‘ad RA, beliau berkata: Tidak ada sesuatupun yang berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W. melainkan aku pernah melihatnya; kecuali satu perkara sahaja. Iaitu al-Taqlis (nyanyian) pernah dipersembahkan kepada baginda pada hari raya.
[Riwayat Sunan Ibn Majah. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4285]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs