Tidak ada sesuatu yang memutuskan (mengganggu) solat seorang muslim kecuali keldai, orang kafir, anjing dan wanita

TEKS BAHASA ARAB

لا يقطع صلاة المسلم شيء إلا الحمار والكافر والكلب والمرأة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada sesuatu yang memutuskan (mengganggu) solat seorang muslim kecuali keldai, orang kafir, anjing dan wanita.

STATUS

Munkar dengan lafaz al-Kafir

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 442, hadis nombor 2366. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بذكر: «الكافر») عن عائشة – رضي الله عنها -، قالت: قال ﷺ: ((لا يقطع صلاة المسلم شيء إلا الحمار والكافر والكلب والمرأة.)) فقالت عائشة: يا رسول الله لقد قرنا بدواب سوء.[حم، ابن جرير في ((تهذيب الآثار))، ((الضعيفة)) (6600)].

(Munkar dengan lafaz al-Kafir)
Daripada ‘Aishah RA, beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda : Tidak ada sesuatu yang memutuskan (mengganggu) solat seorang muslim kecuali keldai, orang kafir, anjing dan wanita. Kata ‘Aishah: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kami kaum wanita disamakan dengan binatang yang buruk.
[Riwayat Ahmad dalam al-Musnad dan Ibn Jarir dalam Tahzib al-Athar. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6600].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs