Dusta

30/06/2024

minit bacaan



Tidak ada sesuatu yang lebih wangi daripada bau orang yang beriman. Sesungguhnya baunya dapat dihidu sejauh pelusuk dunia

Teks Bahasa Arab

ما من شيٍء أطيبُ من ريحِ المؤمنِ ، إنَّ ريحَه ليوجدُ بالآفاقِ ؛ وريحُه عملُه ، وحسنُ الثناءِ عليهِ ، وما من شيٍء أنتنُ من ريحِ الكافرِ ، وإنَّ ريحَه ليوجدُ بالآفاقِ ؛ وريحُه عملُه ، وسوءُ الثناءِ عليهِ.

Teks Bahasa Melayu

Tidak ada sesuatu yang lebih wangi daripada bau orang yang beriman. Sesungguhnya baunya dapat dihidu sejauh pelusuk dunia. Baunya ialah amalannya dan pujian yang baik ke atasnya. Tidak ada sesuatu yang lebih busuk daripada bau orang kafir dan baunya dapat dihidu sejauh pelusuk dunia. Baunya ialah amalannya dan cemuhan yang buruk kepadanya.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Dusta

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 133, hadis no. 665. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(كذب) عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: ما من شيء أطيب من ريح المؤمن إن ريحه ليوجد بالآفاق وريحه عمله وحسن الثناء عليه وما من شيء أنتن من ريح الكافر وإن ريحه ليوجد بالآفاق وريحه عمله وسوء الثناء عليه [عق, الضعيفة (6164)].

(Dusta) Daripada Anas ibn Mālik RA secara marfū‘: Tidak ada sesuatu yang lebih wangi daripada bau orang yang beriman. Sesungguhnya baunya dapat dihidu sejauh pelusuk dunia. Baunya ialah amalannya dan pujian yang baik ke atasnya. Tidak ada sesuatu yang lebih busuk daripada bau orang kafir dan baunya dapat dihidu sejauh pelusuk dunia. Baunya ialah amalannya dan cemuhan yang buruk kepadanya. [Riwayat al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu‘afā’. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (6164)]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.