TEKS BAHASA ARAB
ما قرن شيء إلى شيء أحسن من حلم إلى علم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tidak ada sesuatu yang digandingkan dengan sesuatu yang lebih baik berbanding kelembutan yang digandingkan dengan ilmu.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1263, hadis nombor 6456. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن حكيم بن حنظلة عن أبيه رضي الله عنه مرفوعا: ما قرن شيء إلى شيء أحسن من حلم إلى علم.
[أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (3170)].
(Palsu)
Daripada Hakim bin Hanzalah daripada ayahnya RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak ada sesuatu yang digandingkan dengan sesuatu yang lebih baik berbanding kelembutan yang digandingkan dengan ilmu.
[Riwayat Abu Nu'aim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3170]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.