Tidak ada sesuatu pun daripadanya yang memberi kesan kepadaku melainkan ia telah ditetapkan untukku

TEKS BAHASA ARAB

ما أصابني شيء منها إلا وهو مكتوب علي؛ وآدم في طينته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada sesuatu pun daripadanya yang memberi kesan kepadaku melainkan ia telah ditetapkan untukku (di dalam suratan takdirku), bahkan ketika Adam AS masih dalam rupa bentuk tanah lagi.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 482, hadis nombor 2595. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر–رضي الله عنهما- قال: قالت أم سلمة –رضي الله عنها-: يا رسول الله! ألا يزال يصيبك كل عام وجع من الشاة المسمومة التي أكلت؟! قال: ((ما أصابني شيء منها إلا وهو مكتوب علي؛ وآدم في طينته)). [ه، ((الضعيفة)) (4422)]

(Lemah)
Daripada Ibn Umar RA beliau berkata: Ummu Salamah RA pernah berkata: Adakah setiap tahun engkau terus ditimpa penyakit kesan daripada kambing yang diracun yang telah engkau makan itu? Nabi SAW bersabda: Tidak ada sesuatu pun daripadanya yang memberi kesan kepadaku melainkan ia telah ditetapkan untukku (di dalam suratan takdirku), bahkan ketika Adam AS masih dalam rupa bentuk tanah lagi.
[Riwayat Ibn Majah, Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4422]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs