Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Tidak ada sesiapa dalam kalangan manusia yang lebih banyak pahalanya

Teks Bahasa Arab

ما منْ أحدٍ منَ النَّاسِ أعظمَ أَجرًا منْ وزيرٍ صالحٍ معَ إمامٍ يُطيعهُ، يأمرُهُ بذاتِ اللهِ عزَّ وجلَّ.

Teks Bahasa Melayu

Tidak ada sesiapa dalam kalangan manusia yang lebih banyak pahalanya daripada seorang menteri yang baik dan seorang pemimpin yang mentaatinya, dia menyuruhnya dengan zat Allah ‘Azza Wa Jalla.

Sahabat Perawi

  1. ‘Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 840, hadis no. 4308. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عائشة -رضي الله عنها- مرفوعا: ((ما من أحد من الناس أعظم أجرا من وزير صالح مع إمام يطيعه، يأمره بذات الله عز وجل)). [خط، الأصبهاني، ((الضعيفة)) (4470)]

(Lemah) Daripada ‘Āisyah RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak ada sesiapa dalam kalangan manusia yang lebih banyak pahalanya daripada seorang menteri yang baik dan seorang pemimpin yang mentaatinya, dia menyuruhnya dengan zat Allah ‘Azza Wa Jalla. [Riwayat al-Khaṭīb dalam Tārīkh Baghdād dan al-Aṣbahānī dalam al-Targhīb wa al-Tarhīb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4470]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.