Tidak ada seseorang yang dipanjangkan umur dalam Islam selama empat puluh tahun, melainkan Allah akan menjauhkan tiga jenis bala ujian daripadanya

TEKS BAHASA ARAB

ما من معمر يعمر في الإسلام أربعين سنة؛ إلا صرف الله عنه ثلاثة أنواع من البلاء: الجنون، والجذام، والبرص. فإذا بلغ خمسين سنة؛ لين الله عليه الحساب، فإذا بلغ ستين رزقه الله الإنابة إليه بما يحب، فإذا بلغ سبعين سنة؛ أحبه الله وأحبه أهل السماء، فإذا بلغ الثمانين قبل الله حسناته وتجاوز عن سيئاته، فإذا بلغ تسعين غفر الله له ما تقدم من ذنبه، وما تأخر وسمي أسير الله في أرضه وشفع لأهل بيته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada seseorang yang dipanjangkan umur dalam Islam selama empat puluh tahun, melainkan Allah akan menjauhkan tiga jenis bala ujian daripadanya: Penyakit gila, kusta dan sopak. Manakala apabila dia mencapai usia lima puluh tahun, Allah akan mudahkan hisab ke atasnya. Manakala apabila dia mencapai usia enam puluh, Allah akan memberikannya taubat kepada-Nya dengan amalan yang Dia sukai. Manakala apabila dia mencapai usia tujuh puluh tahun, Allah akan mencintainya dan menjadikan penduduk langit juga mencintainya. Manakala apabila dia mencapai usia lapan puluh, Allah akan menerima kebaikannya dan melepaskan kesalahannya. Manakala apabila dia mencapai usia sembilan puluh, Allah ampunkan dosa-dosanya yang terdahulu dan yang akan datang serta dia digelar sebagai tawanan Allah di bumi-Nya dan Dia juga memberikan syafaat kepada ahli keluarganya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 531-532, hadis nombor 2815. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منکر) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «ما من معمر يعمر في الإسلام أربعين سنة؛ إلا صرف الله عنه ثلاثة أنواع من البلاء: الجنون، والجذام، والبرص. فإذا بلغ خمسين سنة؛ ليّن الله عليه الحساب. فإذا بلغ ستين؛ رزقه الله الإنابة إليه بما يحب. فإذا بلغ سبعين سنة؛ أحبه الله وأحبّه أهل السماء. فإذا بلغ الثمانين؛ قبل الله حسناته وتجاوز عن سيئاته. فإذا بلغ تسعين؛ غفر الله له ما تقدم من ذنبه وما تأخر، وسمّي أسير الله في أرضه، وشفع لأهل بيته». [حم، ابن الجوزي، البزار، ع، «الضعيفة» (5984)].

(Munkar) Daripada Anas bin Mālik RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ telah bersabda: "Tidak ada seseorang yang dipanjangkan umur dalam Islam selama empat puluh tahun, melainkan Allah akan menjauhkan tiga jenis bala ujian daripadanya: Penyakit gila, kusta dan sopak. Manakala apabila dia mencapai usia lima puluh tahun, Allah akan mudahkan hisab ke atasnya. Manakala apabila dia mencapai usia enam puluh, Allah akan memberikannya taubat kepada-Nya dengan amalan yang Dia sukai. Manakala apabila dia mencapai usia tujuh puluh tahun, Allah akan mencintainya dan menjadikan penduduk langit juga mencintainya. Manakala apabila dia mencapai usia lapan puluh, Allah akan menerima kebaikannya dan melepaskan kesalahannya. Manakala apabila dia mencapai usia sembilan puluh, Allah ampunkan dosa-dosanya yang terdahulu dan yang akan datang serta dia digelar sebagai tawanan Allah di bumi-Nya dan Dia juga memberikan syafaat kepada ahli keluarganya". [Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal dalam Musnadnya, Ibn al-Jawzī dalam al-Mawḍu‘āt, al-Bazzār dalam Musnadnya dan Abū Ya‘lā dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5984].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs