Tidak ada seseorang pun yang sedang menunaikan solat, melainkan terdapatnya malaikat di sebelah kanannya

TEKS BAHASA ARAB

ما من مصل إلا وملك عن يمينه وملك عن يساره، فإن أتمها عرجا بها، وإن لم يتمها ضربا بها وجهه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada seseorang pun yang sedang menunaikan solat, melainkan terdapatnya malaikat di sebelah kanannya dan juga malaikat di sebelah kirinya. Sekiranya dia menyempurnakan solat, maka dua malaikat itu tadi akan naik bersamanya (solat yang dilaksanakan). Dan sekiranya dia tidak menyempurnakan solat, maka dua malaikat itu tadi akan memukul wajahnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 294 – 295, hadis nombor 1553. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عمر بن الخطاب – رضي الله عنه – مرفوعا: ((ما من مصل إلا وملك عن يمينه وملك عن يساره، فإن أتمها عرجا بها، وإن لم يتمها ضربا بها وجهه)).
[الأصبهاني، فر، ((الضعيفة)) (4497)]

(Lemah) Daripada ‘Umar bin al-Khattab RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak ada seseorang pun yang sedang menunaikan solat, melainkan terdapatnya malaikat di sebelah kanannya dan juga malaikat di sebelah kirinya. Sekiranya dia menyempurnakan solat, maka dua malaikat itu tadi akan naik bersamanya (solat yang dilaksanakan). Dan sekiranya dia tidak menyempurnakan solat, maka dua malaikat itu tadi akan memukul wajahnya.
[Riwayat al-Asbahani dan al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4497]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs