Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما منْ مُصلٍّ إلا وملَكٌ عنْ يمينهِ وملَكٌ عنْ يسارهِ، فإنْ أتمهَا عَرجَا بها، وإن لمْ يُتمَّها ضَربَا بها وجهَهُ.
Teks Bahasa Melayu
Tidak ada seseorang pun yang sedang menunaikan solat, melainkan terdapatnya malaikat di sebelah kanannya dan juga malaikat di sebelah kirinya. Sekiranya dia menyempurnakan solat, maka dua malaikat itu tadi akan naik bersamanya (solat yang dilaksanakan). Dan sekiranya dia tidak menyempurnakan solat, maka dua malaikat itu tadi akan memukul wajahnya.
Sahabat Perawi
- ‘Umar bin al-Khattab RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 294 - 295, hadis no. 1553. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عمر بن الخطاب - رضي الله عنه - مرفوعا: ((ما من مصل إلا وملك عن يمينه وملك عن يساره، فإن أتمها عرجا بها، وإن لم يتمها ضربا بها وجهه)). [الأصبهاني، فر، ((الضعيفة)) (4497)]
(Daif) Daripada ‘Umar bin al-Khattab RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak ada seseorang pun yang sedang menunaikan solat, melainkan terdapatnya malaikat di sebelah kanannya dan juga malaikat di sebelah kirinya. Sekiranya dia menyempurnakan solat, maka dua malaikat itu tadi akan naik bersamanya (solat yang dilaksanakan). Dan sekiranya dia tidak menyempurnakan solat, maka dua malaikat itu tadi akan memukul wajahnya. [Riwayat al-Asbahani dan al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4497]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman