Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما مِنْ أحَدٍ إلَّا وفي رأْسِهِ عِرْقٌ مِنَ الجُذَامِ تَنْعَرُ، فإذا هاجَ؛ سَلَّطَ اللَّهُ علَيهِ الزُّكامَ، فلا تَداوَوْا لَهُ.
Teks Bahasa Melayu
Tidak ada seseorang pun melainkan di kepalanya itu mengalir urat dari penyakit kusta, maka apabila ia (penyakit itu) menyerang, Allah akan menimpakan ke atasnya penyakit selsema, maka janganlah kalian berubat untuknya.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1168, hadis no. 5903. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عائشة - رضي الله عنها - مرفوعا: ((ما من أحد إلا وفي رأسه عرق من الجذام تنعر، فإذا هاج؛ سلط الله عليه الزكام، فلا تداووا له)). [ك، السرقسطي في ((غريب الحديث))، ((الضعيفة)) (190)].
(Palsu) Daripada ‘Aishah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak ada seseorang pun melainkan di kepalanya itu mengalir urat dari penyakit kusta, maka apabila ia (penyakit itu) menyerang, Allah akan menimpakan ke atasnya penyakit selsema, maka janganlah kalian berubat untuknya. [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dan al-Sarqastiy dalam Gharib al-Hadis. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 190].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman