Tidak ada seorang yang memakai pakaian untuk dia bermegah dengannya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ما من أحد يلبس ثوبا ليباهي به، لينظر الناس إليه إلا لم ينظر الله إليه حتى ينزعه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada seorang yang memakai pakaian untuk dia bermegah dengannya dan supaya orang ramai melihat ke arahnya, melainkan Allah SWT tidak akan melihat ke arahnya sehingga dia menanggalkannya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 99, hadis nombor 510. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً)
عن أم سلمة -رضي الله عنها-، قالت: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ما من أحد يلبس ثوباً ليباهي به؛ لينظر الناس إليه؛ إلا لم ينظر الله إليه حتى ينزعه.
[طب، السلفي في ((معجم السفر))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (5352)]

(Sangat Lemah)
Daripada Ummu Salamah RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak ada seorang yang memakai pakaian untuk dia bermegah dengannya dan supaya orang ramai melihat ke arahnya, melainkan Allah SWT tidak akan melihat ke arahnya sehingga dia menanggalkannya.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, al-Silafī dalam Mu‘jam al-Safar dan Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Damsyiq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah , no. 5352]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.