Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما من أحدٍ يلبس ثوبًا ليباهيَ به، لينظر الناسُ إليه إلا لم ينظرِ اللهُ إليه حتى ينزعَه.
Teks Bahasa Melayu
Tidak ada seorang yang memakai pakaian untuk dia bermegah dengannya dan supaya orang ramai melihat ke arahnya, melainkan Allah SWT tidak akan melihat ke arahnya sehingga dia menanggalkannya.
Sahabat Perawi
- Ummu Salamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 99, hadis no. 510. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جداً) عن أم سلمة -رضي الله عنها-، قالت: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ما من أحد يلبس ثوباً ليباهي به؛ لينظر الناس إليه؛ إلا لم ينظر الله إليه حتى ينزعه. [طب، السلفي في ((معجم السفر))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (5352)]
(Terlalu Daif) Daripada Ummu Salamah RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak ada seorang yang memakai pakaian untuk dia bermegah dengannya dan supaya orang ramai melihat ke arahnya, melainkan Allah SWT tidak akan melihat ke arahnya sehingga dia menanggalkannya. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, al-Silafī dalam Mu‘jam al-Safar dan Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Damsyiq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah , no. 5352]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman