TEKS BAHASA ARAB
ما من أحد يلبس ثوبا ليباهي به، لينظر الناس إليه، لم ينظر الله إليه حتى ينزعه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tidak ada seorang yang memakai pakaian baru dengan tujuan berbangga atau dilihat oleh manusia, melainkan Allah tidak akan memandangnya sehingga dia menanggalkan pakaian tersebut.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1614, hadis nombor 8137. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أم سلمة – رضي الله عنها – عن النبي – صلى الله عليه وسلم – قال:((ما من أحد يلبس ثوبا ليباهي به، لينظر الناس إليه، لم ينظر الله إليه حتى ينزعه)). [تمام، طب، ((الضعيفة)) (1704)].
(Sangat Lemah)
Daripada Ummu Salamah R.anha: Nabi SAW bersabda: ((Tidak ada seorang yang memakai pakaian baru dengan tujuan berbangga atau dilihat oleh manusia, melainkan Allah tidak akan memandangnya sehingga dia menanggalkan pakaian tersebut.))
[Riwayat Tammam dan al-Ṭabarānī di dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1704].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.