Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما مِن أحدٍ يلبَسُ ثوبًا ليُباهيَ به، لينظرَ النَّاسُ إليه، لم ينظرِ اللهُ إليه حتَّى ينزعَهُ.
Teks Bahasa Melayu
Tidak ada seorang yang memakai pakaian baru dengan tujuan berbangga atau dilihat oleh manusia, melainkan Allah tidak akan memandangnya sehingga dia menanggalkan pakaian tersebut.
Sahabat Perawi
- Ummu Salamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1614, hadis no. 8137. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Sangat Lemah) Daripada Ummu Salamah R.anha: Nabi SAW bersabda: ((Tidak ada seorang yang memakai pakaian baru dengan tujuan berbangga atau dilihat oleh manusia, melainkan Allah tidak akan memandangnya sehingga dia menanggalkan pakaian tersebut.)) [Riwayat Tamam dan al-Ṭabarānī di dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1704].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman