Tidak ada seorang yang beriman yang menenangkan saudaranya yang sedang ditimpa musibah melainkan

TEKS BAHASA ARAB

ما من مؤمن يعزي أخاه بمصيبة إلا كساه الله سبحانه وتعالى من حلل الكرامة يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada seorang yang beriman yang menenangkan saudaranya yang sedang ditimpa musibah melainkan Allah SWT akan memakaikannya dengan pakaian kemuliaan pada hari kiamat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1721, hadis nombor 8650. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن محمد بن عمرو بن حزم، مرفوعا: ((ما من مؤمن يعزي أخاه بمصيبة إلا كساه الله سبحانه وتعالى من حلل الكرامة يوم القيامة.)) [ه، ((الضعيفة))(610)].

(Lemah)
Daripada Muhammad bin Amru bin Hazm, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Tidak ada seorang yang beriman yang menenangkan saudaranya yang sedang ditimpa musibah melainkan Allah SWT akan memakaikannya dengan pakaian kemuliaan pada hari kiamat.))
[Riwayat Ibn Majah di dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 610].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs