Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما من مُؤمِنٍ يُعَزِّي أخاه بمصيبةٍ, إلا كساه اللهُ سبحانه وتعالى من حُلَلِ الكرامةِ يومَ القيامةِ .
Teks Bahasa Melayu
Tidak ada seorang yang beriman yang menenangkan saudaranya yang sedang ditimpa musibah melainkan Allah SWT akan memakaikannya dengan pakaian kemuliaan pada hari kiamat.
Sahabat Perawi
- Muhammad bin 'Amr bin Hazm
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1721, hadis no. 8650. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن محمد بن عمرو بن حزم، مرفوعا: ((ما من مؤمن يعزي أخاه بمصيبة إلا كساه الله سبحانه وتعالى من حلل الكرامة يوم القيامة.)) [ه، ((الضعيفة))(610)].
(Lemah) Daripada Muhammad bin Amru bin Hazm, secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Tidak ada seorang yang beriman yang menenangkan saudaranya yang sedang ditimpa musibah melainkan Allah SWT akan memakaikannya dengan pakaian kemuliaan pada hari kiamat.)) [Riwayat Ibn Majah di dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 610].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman