Tidak ada seorang pun yang dilantik oleh sepuluh orang dan ke atas dan dia tidak berlaku adil kepada mereka

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ما من أحد يؤمر على عشرة فصاعدا لا يقسط فيهم؛ إلا جاء يوم القيامة في الأصفاد والأغلال.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada seorang pun yang dilantik oleh sepuluh orang dan ke atas dan dia tidak berlaku adil kepada mereka, kecuali akan datang pada hari kiamat dalam keadaan dibelenggu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 840, hadis nombor 4309. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((ما من أحد يؤمر على عشرة فصاعدا لا يقسط فيهم؛ إلا جاء يوم القيامة في الأصفاد والأغلال)).
[ك، ((الضعيفة)) (4471)]

(Lemah) Daripada Abū Hurairah RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak ada seorang pun yang dilantik oleh sepuluh orang dan ke atas dan dia tidak berlaku adil kepada mereka, kecuali akan datang pada hari kiamat dalam keadaan dibelenggu.
[Riwayat al-Ḥākim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4471]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.