Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما منْ أحدٍ يؤمَّرُ على عشرةٍ فصاعدًا لا يُقسطُ فيهِمْ؛ إلا جاء يومَ القيامةِ في الأصفادِ والأغلالِ.
Teks Bahasa Melayu
Tidak ada seorang pun yang dilantik oleh sepuluh orang dan ke atas dan dia tidak berlaku adil kepada mereka, kecuali akan datang pada hari kiamat dalam keadaan dibelenggu.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 840, hadis no. 4309. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((ما من أحد يؤمر على عشرة فصاعدا لا يقسط فيهم؛ إلا جاء يوم القيامة في الأصفاد والأغلال)). [ك، ((الضعيفة)) (4471)]
(Lemah) Daripada Abū Hurairah RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak ada seorang pun yang dilantik oleh sepuluh orang dan ke atas dan dia tidak berlaku adil kepada mereka, kecuali akan datang pada hari kiamat dalam keadaan dibelenggu. [Riwayat al-Ḥākim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4471]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman