Tidak ada seorang pun yang dikurniakan kekayaan melainkan dia akan mengharapkan pada hari kiamat

TEKS BAHASA ARAB

ما من ذي غنى إلا سيود يوم القيامة أنه كان أوتي في الدنيا ‌قوتا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada seorang pun yang dikurniakan kekayaan melainkan dia akan mengharapkan pada hari kiamat kelak, agar dahulunya di dunia, dia hanya menerima sekadar apa yang boleh menampung kelaparannya sahaja.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 603, hadis nombor 3125. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس – رضي الله عنه – مرفوعا: ((ما من ذي غنى إلا سيود يوم القيامة أنه كان أوتي في الدنيا ‌قوتا)). [هـ، حم، ع، عد، الثقفي في ((الفوائد))، هناد، حل، ابن حبان في ((المجروحين))، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (2240)].

(Palsu)
Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak ada seorang pun yang dikurniakan kekayaan melainkan dia akan mengharapkan pada hari kiamat kelak, agar dahulunya di dunia, dia hanya menerima sekadar apa yang boleh menampung kelaparannya sahaja.
[Riwayat Ibn Majah dalam Sunan, Imam Ahmad dalam Musnad, Abu Ya’la dalam Musnad, Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhuafa’, al-Thaqafi dalam al-Fawaid, Hanad, Abu Nu'aim dalam al-Hilyah al-Awliya’, Ibn Hibban dalam al-Majruhin dan Ibn al-Jauzi dalam al-Maudhu'at. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2240].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs