TEKS BAHASA ARAB
ما أحسن محسن من مسلم، ولا كافر إلا أثابه الله. قال: فقلنا: يا رسول الله، ما إثابة الله الكافر؟ قال: إن كان قد وصل رحما، أو تصدق بصدقة أو عمل حسنة أثابه الله المال والولد والصحة وأشباه ذلك. قال: فقلنا: ما إثابته في الآخرة؟ فقال: عذابا دون العذاب. قال: وقرأ رسول الله صلى الله عليه وسلم: {أدخلوا آل فرعون أشد العذاب} [غافر: 46].
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tidak ada seorang pun sama ada muslim atau kafir yang melakukan kebaikan, melainkan Allah memberikan ganjaran kepadanya. Mereka (para sahabat) bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah ganjaran yang diberikan oleh Allah kepada orang kafir? Nabi SAW menjawab: Apabila mereka menyambung silaturrahim atau bersedekah dengan satu sedekah atau melakukan apa-apa amalan kebaikan maka Allah akan memberikan ganjaran seperti harta, anak, kesihatan atau seumpamanya kepadanya. Kami bertanya lagi: Bagaimana pula ganjarannya di akhirat? Nabi SAW menjawab: Azab yang lebih ringan berbanding azab (yang lebih berat). Lalu Baginda membaca: {Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab seksa api neraka yang seberat-beratnya}[Ghafir: 46].
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1492-1493, hadis nombor 7609. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن مسعود مرفوعاً: ما أحسن محسن من مسلم، ولا كافر إلا أثابه الله عز وجل. قال: فقلنا: يا رسول الله، ما إثابة الله الكافر؟ قال: إن كان قد وصل رحما، أو تصدق بصدقة، أو عمل حسنة، أثابه الله المال والولد والصحة وأشباه ذلك. قال: فقلنا: ما إثابته في الآخرة؟ فقال: عذابا دون العذاب. قال: وقرأ رسول الله صلى الله عليه وسلم: {أدخلوا آل فرعون أشد العذاب}. [ابن شاهين، ك، هب، ابن ماجه في ((تفسيره))، ((الضعيفة))(4983، 6701)].
(Munkar) Daripada Abdullah bin Mas’ud RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak ada seorang pun sama ada muslim atau kafir yang melakukan kebaikan, melainkan Allah memberikan ganjaran kepadanya. Mereka (para sahabat) bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah ganjaran yang diberikan oleh Allah kepada orang kafir? Nabi SAW menjawab: Apabila mereka menyambung silaturrahim atau bersedekah dengan satu sedekah atau melakukan apa-apa amalan kebaikan maka Allah akan memberikan ganjaran seperti harta, anak, kesihatan atau seumpamanya kepadanya. Kami bertanya lagi: Bagaimana pula ganjarannya di akhirat? Nabi SAW menjawab: Azab yang lebih ringan berbanding azab (yang lebih berat). Lalu Baginda membaca: {Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab seksa api neraka yang seberat-beratnya}[Ghafir: 46]. [Riwayat Ibn Syahin, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman dan Ibn Majah dalam tafsirnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4983, 6701]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.