Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَا أَحْسَنَ مُحْسِنٌ مِنْ مُسْلِمٍ، وَلَا كَافِرٍ إِلَّا أَثَابَهُ اللَّهُ. قَالَ: فَقُلْنَا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، مَا إِثَابَةُ اللَّهِ الْكَافِرَ؟ قَالَ: إِنْ كَانَ قَدْ وَصَلَ رَحِمًا، أَوْ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ أَوْ عَمِلَ حَسَنَةً أَثَابَهُ اللَّهُ الْمَالَ وَالْوَلَدَ وَالصِّحَّةَ وَأَشْبَاهَ ذَلِكَ. قَالَ: فَقُلْنَا: مَا إِثَابَتُهُ فِي الْآخِرَةِ؟ فَقَالَ: عَذَابًا دُونَ الْعَذَابِ. قَالَ: وَقَرَأَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: {أَدْخِلُوا آلَ فِرْعَوْنَ أَشَدَّ الْعَذَابِ} [غافر: 46].
Teks Bahasa Melayu
Tidak ada seorang pun sama ada muslim atau kafir yang melakukan kebaikan, melainkan Allah memberikan ganjaran kepadanya. Mereka (para sahabat) bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah ganjaran yang diberikan oleh Allah kepada orang kafir? Nabi SAW menjawab: Apabila mereka menyambung silaturrahim atau bersedekah dengan satu sedekah atau melakukan apa-apa amalan kebaikan maka Allah akan memberikan ganjaran seperti harta, anak, kesihatan atau seumpamanya kepadanya. Kami bertanya lagi: Bagaimana pula ganjarannya di akhirat? Nabi SAW menjawab: Azab yang lebih ringan berbanding azab (yang lebih berat). Lalu Baginda membaca: {Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab seksa api neraka yang seberat-beratnya}[Ghafir: 46].
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas'ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1492-1493, hadis no. 7609. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن مسعود مرفوعاً: ما أحسن محسن من مسلم، ولا كافر إلا أثابه الله عز وجل. قال: فقلنا: يا رسول الله، ما إثابة الله الكافر؟ قال: إن كان قد وصل رحما، أو تصدق بصدقة، أو عمل حسنة، أثابه الله المال والولد والصحة وأشباه ذلك. قال: فقلنا: ما إثابته في الآخرة؟ فقال: عذابا دون العذاب. قال: وقرأ رسول الله صلى الله عليه وسلم: {أدخلوا آل فرعون أشد العذاب}. [ابن شاهين، ك، هب، ابن ماجه في ((تفسيره))، ((الضعيفة))(4983، 6701))].
(Munkar) Daripada Abdullah bin Mas’ud RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak ada seorang pun sama ada muslim atau kafir yang melakukan kebaikan, melainkan Allah memberikan ganjaran kepadanya. Mereka (para sahabat) bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah ganjaran yang diberikan oleh Allah kepada orang kafir? Nabi SAW menjawab: Apabila mereka menyambung silaturrahim atau bersedekah dengan satu sedekah atau melakukan apa-apa amalan kebaikan maka Allah akan memberikan ganjaran seperti harta, anak, kesihatan atau seumpamanya kepadanya. Kami bertanya lagi: Bagaimana pula ganjarannya di akhirat? Nabi SAW menjawab: Azab yang lebih ringan berbanding azab (yang lebih berat). Lalu Baginda membaca: {Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab seksa api neraka yang seberat-beratnya}[Ghafir: 46]. [Riwayat Ibn Syahin, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman dan Ibn Majah dalam tafsirnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4983, 6701]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman