Classification icon

Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Tidak ada seorang pun pada hari Arafah yang mana dalam hatinya ada walau seberat zarah dari iman kecuali dia akan diampunkan

Teks Bahasa Arab

لا يبقى ‌أحدٌ ‌يومَ ‌عَرَفَةَ في قلبهِ مِثْقالُ ذَرَّةٍ من إيمانٍ إلا غُفِرَ له. فقال رجلٌ: أَلأَهْلِ مُعَرَّفٍ يا رسولَ الله! أم للناسِ عامةً؟ قال: بل للناسِ عامةً.

Teks Bahasa Melayu

Tidak ada seorang pun pada hari Arafah yang mana dalam hatinya ada walau seberat zarah dari iman kecuali dia akan diampunkan.” Lalu lelaki itu berkata: Adakah kepada orang-orang yang tertentu sahaja wahai Rasulullah! Atau kepada manusia seluruhnya? Baginda bersabda: “Bahkan kepada manusia seluruhnya.”

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 759, hadis no. 3885. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبد الله بن عمر -رضي الله عنهما-، قال: سمعت النبي صلى الله عليه وسلم يقول: ((لا يبقى أحد يوم عرفة في قلبه مثقال ذرة من إيمان إلا غفر له. فقال رجل: ألأهل معرف يا رسول الله! أم للناس عامة؟ فقال: بل للناس عامة)). [عبد بن حميد، ((الضعيفة)) (6048)]

(Palsu) Daripada Abdullah bin Umar RA berkata: Aku mendengar Nabi SAW bersabda: “Tidak ada seorang pun pada hari Arafah yang mana dalam hatinya ada walau seberat zarah dari iman kecuali dia akan diampunkan.” Lalu lelaki itu berkata: Adakah kepada orang-orang yang tertentu sahaja wahai Rasulullah! Atau kepada manusia seluruhnya? Baginda bersabda: “Bahkan kepada manusia seluruhnya.” [Riwayat 'Abd bin Humaid. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6048]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.