Tidak ada seorang pun orang alim yang mendatangi pintu pemerintah secara sukarela

TEKS BAHASA ARAB

ما من عالم أتى باب سلطان طوعا؛ إلا كان شريكه في كل لون يعذب به في نار جهنم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada seorang pun orang alim yang mendatangi pintu pemerintah secara sukarela, melainkan orang alim itu bersama pemerintah itu dalam setiap bentuk azab yang menimpanya dalam neraka jahanam.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1276, hadis nombor 6538. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن معاذ بن جبل رضي الله عنه مرفوعا: ما من عالم أتى باب سلطان طوعا؛ إلا كان شريكه في كل لون يعذب به في نار جهنم.
[فر، ((الضعيفة)) (4488)]

(Lemah)
Daripada Mu’az bin Jabal RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak ada seorang pun orang alim yang mendatangi pintu pemerintah secara sukarela, melainkan orang alim itu bersama pemerintah itu dalam setiap bentuk azab yang menimpanya dalam neraka jahanam.
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4488]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.