Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما منْ عالمٍ أتى بابَ سلطانٍ طوعًا؛ إلا كان شريكَهُ في كلِّ لونٍ يعذَّبُ بهِ في نارِ جهنَّمَ.
Teks Bahasa Melayu
Tidak ada seorang pun orang alim yang mendatangi pintu pemerintah secara sukarela, melainkan orang alim itu bersama pemerintah itu dalam setiap bentuk azab yang menimpanya dalam neraka jahanam.
Sahabat Perawi
- Mu'az bin Jabal RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1276, hadis no. 6538. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن معاذ بن جبل رضي الله عنه مرفوعا: ما من عالم أتى باب سلطان طوعا؛ إلا كان شريكه في كل لون يعذب به في نار جهنم. [فر، ((الضعيفة)) (4488)]
(Lemah) Daripada Mu'az bin Jabal RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak ada seorang pun orang alim yang mendatangi pintu pemerintah secara sukarela, melainkan orang alim itu bersama pemerintah itu dalam setiap bentuk azab yang menimpanya dalam neraka jahanam. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4488]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman