TEKS BAHASA ARAB
ما من مسلم أو إنسان أو عبد يقول حين يمسي وحين يصبح ثلاث مرات: رضيت بالله ربا، وبالإسلام دينا، وبمحمد نبيا؛ إلا كان حقاعلى الله أن يرضيه يوم القيامة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tidak ada seorang pun muslim atau manusia atau hamba (Allah) yang mengucapkan di waktu pagi dan petang: ‘Aku redha Allah sebagai Tuhan (Rabb) dan Islam sebagai agama serta Muhammad SAW sebagai Nabi’, melainkan Allah pasti akan meredhainya pada hari kiamat nanti.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1511, hadis nombor 7693. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي سلام خادم النبي – صلى الله عليه وسلم – عن النبي – صلى الله عليه وسلم – قال: ما من مسلم أو إنسان أو عبد يقول حين يمسي وحين يصبح ثلاث مرات: رضيت بالله رباً، وبالإسلام ديناً، وبمحمد نبياً؛ إلا كان حقاً على الله أن يرضيه يوم القيامة. [ابن أبي شيبة في ((المسند و((المصنف))، ه، ابن أبي عاصم في ((الآحاد))، ابن عبد البر في ((الاستيعاب))، (الضعيفة)) (5020)].
(Lemah)
Daripada Abu Sallam pembantu Nabi SAW, Baginda SAW bersabda: ((Tidak ada seorang pun muslim atau manusia atau hamba (Allah) yang mengucapkan di waktu pagi dan petang: ‘Aku redha Allah sebagai Tuhan (Rabb) dan Islam sebagai agama serta Muhammad SAW sebagai Nabi’, melainkan Allah pasti akan meredhainya pada hari kiamat nanti.))
[Ibnu Abi Shaibah dalam al-Musnad dan al-Musonnaf, Ibnu Majah dalam Sunannya, Ibnu Abi ‘Asim dalam al-Ahad dan Ibnu Abd al-Bar dalam al-Isti’ab. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 5020].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.