TEKS BAHASA ARAB
ما من أحد إلا وفي رأسه عروق من الجذام تنعر فإذا هاج سلط الله عليه الزكام فلا تداووا له.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tidak ada seorang pun melainkan dalam kepalanya terdapat urat-urat daripada penyakit kusta yang sedang berlegar. Apabila ia bergerak, Allah timpakan kepadanya penyakit selesema. Oleh kerana itu, janganlah kamu mengubatinya.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 70, hadis nombor 395. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Ibn al-Jawzi, kemudiannya al-Zahabi berkata: Palsu.
RUJUKAN
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.