Classification icon

Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Tidak ada seorang pun melainkan dalam kepalanya terdapat urat-urat

Teks Bahasa Arab

مَا مِنْ أَحَدٍ إِلاَّ وَفِي رَأْسِهِ عُرُوقٌ مِنَ الجُذَامِ تَنْعَرُ فَإِذَا هَاجَ سَلَّطَ الله عَلَيْهِ الزُّكَامَ فَلاَ تَدَاوَوْا لَهُ.

Teks Bahasa Melayu

Tidak ada seorang pun melainkan dalam kepalanya terdapat urat-urat daripada penyakit kusta yang sedang berlegar. Apabila ia bergerak, Allah timpakan kepadanya penyakit selesema. Oleh kerana itu, janganlah kamu mengubatinya.

Sahabat Perawi

  1. Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 70, hadis no. 395. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Ibn al-Jawzi, kemudiannya al-Zahabi berkata: Palsu.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.